fbpx

142 banduan Penjara Machang dibebaskan sempena Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nasir (tengah) memberi penerangan kepada banduan yang akan dibebaskan sempena Program Ihsan Madani Kepulangan Yang Dinanti sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di PPA Machang hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

MACHANG – Syawal tahun ini lebih bermakna buat seramai 142 banduan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang di sini apabila mereka dibebaskan secara berlesan (PBSL) sempena Program Ihsan Madani Kepulangan Yang Dinanti sempena Hari Raya Aidilfitri 2024.

Pengarah PPA Machang, Mohd. Nasir Yusof, berkata, daripada jumlah itu, seramai 66 banduan akan berada di bawah seliaan majikan manakala 76 orang lagi akan berada di Rumah Perantara (RP).

Menurutnya, mereka diberi peluang untuk bertemu keluarga di samping mendapatkan pekerjaan melalui kemahiran yang dipelajari ketika ditahan berada di dalam penjara:

“Sebanyak 34 syarikat pelbagai bidang yang menyediakan 300 peluang pekerjaan akan mengambil Orang Bebas Berlesen bekerja (OBB) di Kelantan.

“Seramai 1,000 prospek menjalani program PBSL dalam pelbagai bidang termasuk bidang perladangan, pembuatan dan perkhidmatan pada tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas Program Ihsan Madani Kepulangan Yang Dinanti di PPA Machang, di sini hari ini.

Mohd. Nasir memberitahu, majikan yang mengambil OBB bekerja akan menerima manfaat seperti pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan inisiatif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebanyak RM1,500 sebulan untuk tempoh enam bulan.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Nasir berkata, RP ketiga di Machang dijangka dibuka bagi menempatkan banduan di daerah ini semasa menjalani baki hukuman sebelum dibebaskan secara penuh.

Menurutnya, perbincangan telah dilakukan bersama Ketua Jajahan Machang dan hanya menunggu kelulusan untuk rumah tersebut beroperasi dalam masa terdekat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI