fbpx

Zaquan Adha buat laporan polis terhadap Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaquan Adha membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Seremban, Negeri Sembilan terhadap bekas kakar iparnya, Rita Rudaini.

PETALING JAYA – Dituduh batu api dalam rumah tangga abang kembarnya dengan pelakon Rita Rudaini, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Seremban, Negeri Sembilan, sebentar tadi.

Menurut Zaquan, tindakan tegas diambil berhubung dakwaan berunsur fitnah dilemparkan bekas kakak iparnya itu.

“Saya baru selesai buat laporan polis berkenaan Instagram Story yang dikeluarkan Rita Rudaini kerana bagi saya itu berunsur fitnah yang melibatkan saya dan keluarga.

“Ini laporannya. Saya serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut nanti,” kata pemilik nama sebenar, Zaquan Adha Abdul Radzak, 37, dalam perkongsian video Instagramnya.

Menerusi semakan Kosmo! Online, ramai meninggalkan komen menitipkan kata-kata semangat buat Zaquan, termasuk kakak iparnya, Rozita Che Wan.

Dalam hantaran sama, suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu turut menyertakan doa memohon agar dimudahkan urusan, selain terhindar daripada segala kesulitan.

Tindakan tersebut susulan serangan balas Rita yang mengumpamakannya seperti sejenis batu api paling besar malah turut mengungkit peristiwa lalu, termasuk didakwa membuat cerita bayi dikandung Rita bukan anak abangnya.

Ibu tunggal anak dua itu juga memberi amaran agar mereka tidak lagi mengeluarkan kenyataan tentang isu membabitkan dirinya dengan Aidil.

Menurut pelakon filem Mami Jarum Junior itu lagi, impak perbuatan keluarga bekas suami menjadikan dirinya wanita kuat.

Sebelum ini, perkahwinan Rita dengan Aidil Zafuan pada 2008 hanya bertahan selama lima tahun dengan dikurniakan dua anak lelaki lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Konflik antara mereka seperti tiada kesudahan berikutan beberapa isu, terutama membabitkan nafkah anak selain tanggungjawab sebagai bapa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI