fbpx

[VIDEO] Selamba ‘U-turn’ di LTU Raub Bypass elak sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular pengguna kenderaan membuat pusingan U di laluan LTU Raub Bypass, semalam.

PETALING JAYA – Tindakan segelintir pengguna kenderaan yang selamba membuat pusingan U dipercayai di laluan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Raub Bypass dikecam orang ramai.

Menerusi video dimuat naik pada TikTok, seorang pengguna merakam pengalaman menggunakan laluan lebuh raya baharu itu, namun tidak lama kemudian, berlaku kesesakan di hadapan ekoran pertambahan kenderaan.

Dalam video itu, terdapat kenderaan yang bertindak melakukan pusingan U termasuk perakam video tersebut, sedangkan laluan itu adalah sehala sekali gus tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.

Orang ramai kemudian mengecam perbuatan bahaya tersebut, manakala perakam itu dipercayai telah memadamkan videonya daripada TikTok, namun ia sempat dikongsikan pengguna lain menerusi platform media sosial lain.

“Kenapa kena ‘U-turn’ kat lebuh raya. Kalau jadi apa-apa, dah menyusahkan orang lain. Nak raya dah, tolong lah bagi kerjasama,” kata Bang Jimm pada aplikasi X.

“Ini kalau lori sampai, hentam. Mahu kena kecam teruk ‘driver’ lori,” komen Safwan Suhaime.

“Kenapa suka bahayakan nyawa orang lain. Kalau kereta belakang laju tak sempat nak elak memang akan berlaku kemalangan. Semoga tak ada apa-apa berlaku lah,” kata Fitri Nizam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI