fbpx

Trafik perlahan menuju Pantai Timur pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik terkini berdekatan Genting Sempah menuju ke Pantai Timur

PETALING JAYA – Aliran trafik menuju ke arah Pantai Timur dilaporkan perlahan pada pagi ini susulan pertambahan kenderaan perantau yang pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi hantaran aplikasi X pagi ini memaklumkan, trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak bermula dari KM 26.5 hingga KM37.2 iaitu Gombak ke Genting Sempah.

“Seterusnya, trafik dilaporkan perlahan dari KM 48.3 hingga KM 51.4 iaitu Bukit Tinggi ke Lentang serta dari KM 53.5 hingga KM 54.8 di Lentang,” menurut hantaran itu pagi ini.

Berikutan pertambahan kenderaan, pengguna dinasihatkan menjaga jarak selamat bagi kenderaan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI