fbpx

‘Tokan’ warga emas kantoi dalam sekatan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah bernilai lebih RM6,000 yang ditemui dalam kenderaan yang dipandu seorang warga emas lelaki dalam sekatan jalan raya (SJR), Jalan Besar Bahau - Juasseh, di sini, awal pagi tadi. -IHSAN POLIS

JEMPOL – Seorang buruh yang dipercayai bertindak sebagai “tokan” ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR), Jalan Besar Bahau – Juasseh, di sini, pukul 11.50 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, lelaki yang sudah bergelar warga emas berusia 63 tahun itu ditahan polis kerana didapati memiliki dadah jenis syabu ketika kenderaan yang dipandunya jenis Proton Saga melalui pemeriksaan di SJR berkenaan.

“Warga emas berkenaan bekerja sebagai buruh dan berasal dari Kuala Pilah. Dalam sekatan ini, polis mendapati terdapat 52 peket plastik lut sinar pelbagai saiz setiap satunya berisi ketulan bahan disyaki dadah berbahaya jenis syabu dengan anggaran berat 62.07 gram bernilai RM 6827.70.

“Selain itu, turut ditemui sepeket plastik berisi tumbuhan kering disyaki dadah berbahaya jenis ganja dengan anggaran berat 3.85 gram bernilai RM 115.50 dan satu alat penimbang digital,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI