fbpx

Suami hilang, kita cari di rumah kawan – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA ASTILLAH

PETALING JAYA – “Jangan risau kalau suami hilang, kita cari di rumah kawan.”

Demikian gurauan berbaur sindiran pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang dipercayai ditujukan kepada suami, Aliff Aziz dan sahabatnya, Ruhainies.

Perkara tersebut diucapkan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella, 30, ketika tampil di Borneo Mega Raya Fest 2024 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).

Ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat tampil di pentas beramah mesra dengan pengunjung sambil berkongsi khabar sehingga seorang penonton bertanyakan keadaan dirinya.

Lelaki yang berada di celah-celah pengunjung itu meminta Bella tidak bimbang atau bersedih berdepan situasi rumah tangga.

“Apa abang cakap tadi, jangan risau kalau suami hilang? Tapi saya ada tip,” katanya dalam hantaran video yang dikongsikan seorang peminat di TikTok.

Sorakan pengunjung di pentas utama bergema sebaik wanita kecil molek yang kini menjadi tumpuan ramai gara-gara isu curang bergurau sedemikian.

Video tersebut tular serta meraih pelbagai komen netizen yang rata-rata menganggap hati Bella kini semakin kental apabila semakin berani bersuara.

Bahkan, ada dalam kalangan pemerhati menyifatkan Bella sudah ‘move on’ apabila mampu menjadikan situasi getir dalam rumah tangganya sebagai bahan lawak.

“Jenis pendiam ni jangan buat main, sekali dia buka mulut memang pedas,” kata seorang peminat.

“Dikhianati suami dan kawan sendiri membuatkannya lebih kuat,” tulis netizen lain.

Kemelut rumah tangganya dan Aliff bermula selepas suaminya itu ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, pelakon asal Singapura itu juga enggan melafazkan talak pada sebutan kes cerai dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 April lalu

Mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI