fbpx

Seorang maut dalam nahas tujuh kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam nahas semalam. FOTO IHSAN: JBPM SELANGOR.

SUNGAI BULOH – Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda maut dalam nahas tujuh kenderaan di Kilometer 452.6, Lebuh Raya Utara Selatan, Rawang menuju ke Hospital Sungai Buloh, di sini, semalam.

Berdasarkan maklumat awal Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, insiden meragut nyawa itu membabitkan sebuah bas ekspres dan lima kereta lain kira-kira pukul 11.45 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang hilang kawalan terbabas di lorong kanan sebelum dilanggar oleh kenderaan lain.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan jumlah mangsa terlibat adalah seramai 38 orang.

“Seorang lelaki tempatan maut, dua cedera parah, enam cedera ringan dan 29 lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua mangsa yang tercedera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Sementara itu, mangsa yang maut (pemandu pacuan empat roda) diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bersama jentera terlibat dalam operasi malam tadi.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada pukul 1.15 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI