fbpx

Polis ambil keterangan lelaki tinggal bagasi RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein menunjukkan wang dijumpai dalam bagasi dalam sidang akhbar, April lalu.

SHAH ALAM – Polis telah mengambil keterangan lelaki yang dikesan membawa bagasi berisi wang tunai RM500,000 dan ditinggalkan di parkir kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara, dua minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya mengecam individu tersebut melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang terletak di kawasan tersebut.

“Lelaki itu mengaku bahawa dia yang bawa dan tinggalkan bagasi itu di tempat parkir itu. Dia bukan individu yang mengaku wang tersebut milik syarikatnya, tetapi dipercayai mereka daripada syarikat sama,” katanya.

Terdahulu, beliau melancarkan Op Selamat 22 Sempena Aidilfitri peringkat Selangor di Hentian Rawat dan Rehat Elmina Utara Lebuhraya Guthrie di sini, hari ini.

Hussein berkata, polis masih lagi menyiasat motif lelaki berkenaan meninggalkan wang tersebut di parkir berkenaan.

“Kita akan panggil beberapa lagi individu dengan pengecaman tujuh cap jari yang ada pada bagasi itu dan semua kertas siasatan kes ini akan dibawa ke pihak pendakwa raya bagi tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI