fbpx

Perang iklan raya pula bermula, ramai menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIAP kali Syawal menjelang, bukan sahaja lagu tetapi iklan raya turut antara yang dinanti-nantikan ramai.

Tahun ini menyaksikan beberapa iklan terbitan syarikat korporat dan jenama pakaian tempatan berlumba-lumba ‘menjamu’ orang ramai dengan naratif paling menyentuh emosi.

Antara yang paling menjadi sebutan ramai pada tahun ini adalah iklan milik RHB Bank dan Elrah yang dikatakan berjaya membuatkan ramai menitiskan air mata.

Iklan Elrah mengetengahkan isu kasih sayang seorang ibu menampilkan barisan pelakon yang juga duta bagi produk baju Melayu mereka seperti Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Amir Ahnaf, MK K-Clique,

Fadhli Masoot dan penampilan khas Fatimah Abu Bakar.

“Aku menangis tengok iklan RHB dengan Elrah. Jalan cerita mantap, gugur air mata jantan!

“Tahun ini juara iklan raya milik Elrah dan RHB,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI