TIDAK dapat menahan sebak kerana terlalu terharu dengan hadiah istimewa yang diterima daripada seorang peminat cilik.
Itu yang dikongsi Daiyan Trisha baru-baru ini apabila menerima sekotak hadiah berisi barangan kegemaran peminat cilik dikenali sebagai Aisyah itu.
Kotak hadiah berkenaan diisi dengan barang kanak-kanak antaranya kotak pensil, gula-gula, pelekat dan pen.
“Hari ini saya nak kongsikan, saya ada dapat hadiah daripada seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.
“Apabila saya buka hadiah ni tak tahulah kenapa rasa sensitif dan tersentuh kerana semua ini adalah barang kegemaran dia,” katanya dalam nada sebak.