fbpx

EPL: Liverpool kembali ke persada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAC ALLISTER (kiri) meledak gol kedua Liverpool yang dianggap sebagai pencetus kemenangan mereka ke atas Sheffield awal pagi semalam. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji prestasi Alexis Mac Allister yang dianggap sebagai wira pasukan untuk melakar kemenangan 3-1 ke atas Sheffield United sekali gus merampas semula kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pada aksi di Stadium Anfield itu, skuad The Reds berjaya meraih gol hasil jaringan Darwin Nunez, Mac Allister dan Cody Gakpo, manakala pasukan pelawat mendapatkan jaringan menerusi gol sendiri Conor Bradley.

Kata Klopp, jaringan menarik yang dilakukan oleh Mac Allister ketika kedudukan terikat 1-1 cukup penting dalam memastikan pasukan dapat terus melakar kemenangan dengan meraih tiga mata berharga.

“Kali ini kita sekali lagi perlukan bantuan Mac Allister untuk membantu pasukan meraih kemenangan. Jaringan ketiga menerusi Gakpo hanyalah pelengkap kemenangan dan saya gembira dengan prestasi yang mereka pamerkan,” katanya.

Sementara itu, Klopp mengakui keputusan untuk mengubah posisi Mac Allister daripada pemain tengah bertahan ke posisi No. 10 membuahkan hasil selepas tonggak antarabangsa Argentina itu berjaya beri impak yang diharapkan.

“Mac Allister memiliki keupayaan untuk beraksi di mana-mana posisi tengah sama ada bertahan seperti No. 6 atau No. 8 mahupun diarahkan untuk lebih menyerang di kedudukan No. 10 seperti yang anda saksikan pada babak kedua.

“Mana sahaja posisi yang diletakkan, dia berjaya berikan seratus peratus dan kita sendiri tidak tahu mana posisi terbaiknya. Apa yang pasti, saya bangga dengan prestasinya ketika ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI