fbpx

Stor simpan kabel terbakar, SESB rugi RM40 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stor penyimpanan kabel milik SESB musnah dalam kebakaran di Batu 7, Jalan Tuaran terbakar tengah hari semalam. - IHSAN BOMBA

KOTA KINABALU – Sebanyak RM40 juta kerugian dicatatkan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) ekoran kebakaran membabitkan sejumlah besar gulungan kabel di stor simpanan SESB di Inanam semalam.

Pengerusi SESB, Datuk Seri Madius Tangau berkata, kebakaran membabitkan keluasan 1.2 hektar yang menempatkan kira-kira 500 gulungan kabel milik SESB.

“Saya dimaklumkan kebakaran yang bermula tengah hari semalam dan berlarutan hingga malam tadi. Kabel yang berada di stor terbuka itu sepatutnya diagihkan ke seluruh negeri.

“Kabel berkenaam antaranya digunakan untuk membuat penyambungan bekalan elektrik ke rumah pengguna. Bagaimanapun, masih terdapat kabel yang dapat diselamatkan namun anggaran awal kerugian sebanyak RM40 juta.

“Setakat ini, punca kebakaran belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Madius memaklumkan kebakaran yang berlaku mengakibatkan pihak SESB terpaksa menempah semula kabel terutama untuk penyambungan bekalan elektrik ke rumah-rumah.

Sementara itu, beliau menyifatkan insiden terbabit sebagai kejadian malang kerana memusnahkan kelengkapan penting untuk prasarana elektrik SESB selain mengakibatkan jumlah kerugian yang besar.

Terdahulu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.56 tengah hari.

Seramai 72 anggota termasuk pegawai bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Kota Kinabalu, Penampang dan Ibu Pejabat JBPM Sabah digerakkan ke lokasi kebakaran terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI