SINGAPURA – Solat sunat Hari Raya Aidilfitri akan diadakan lebih satu sesi di sekitar dua pertiga daripada 68 buah masjid di Singapura, kata Majlis Agama Islam negara itu semalam seperti laporan The New Paper.
Sebanyak 19 daripada 68 masjid itu akan mengadakan satu sesi solat sunat itu.
Dua sesi solat sunat itu akan hanya diadakan di 41 masjid lalin.
Sebanyak tiga sesi solat sunat Hari Raya Aidilfitri pula akan berlangsung di lapan buah masjid.
Solat sunat dua rakaat itu akan diadakan pada pukul 7.20 pagi, 8.45 pagi dan 9.45 pagi (waktu tempatan).
Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada Rabu ini.
Selain itu, 34 kumpulan komuniti masjid akan menawarkan ruang tambahan kepada umat Islam yang ingin mengerjakan solat sunat Aidilfitri. – AGENSI