fbpx

Sijil halal pacu jualan Kleenso dua kali ganda tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kleenso menyimpan misi untuk menghasilkan lebih banyak produk yang memiliki sijil halal pada masa depan.

PETALING JAYA – Kleenso Resources Sdn. Bhd. (Kleenso Resources) pengeluar produk penyelesaian kesihatan dan kebersihan, merekodkan pertumbuhan tempahan serta jualan yang baik bagi produknya Kleenso Serai Wangi Eco Pest Repellent Cleaner yang telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah Urusannya, Lee Teck Meng berkata, selepas mendapat sijil tersebut, jualan produknya telah meningkat sebanyak dua kali ganda kepada 100,000 botol setiap bulan.

Menurut beliau, sambutan baik yang diterima syarikat terhadap produk tersebut memberi inspirasi dan semangatnya untuk meningkat daya saing syarikat bagi membolehkan semua produk keluaran syarikat mendapat sijil berharga tersebut.

“Ini juga dianggap pencetus kepada inisiatif kami untuk melihat lebih banyak produk kelua­ran Kleenso Resources yang berkualiti tinggi dan mendapat sijil halal.

 

“Ini akan memberi ruang dan peluang kepada syarikat mendapat tempat dalam pasaran domestik bersaing dengan produk berjenama dari luar negara, malah bakal menembusi pasaran global yang terdiri daripada negara-negara Islam,” katanya dalam sesi temu bual secara online baru-baru ini.

Kleenso Serai Wangi Eco Pest Repellent Cleaner dihasilkan daripada serai wangi, minyak kayu putih dan pelbagai agen antibakteria untuk membersihkan pemukaan, menghilangkan bau dan mengelak daripada nyamuk, lalat, lipas dan cicak.

Kleenso Resources yang telah memulakan perniagaan sejak 2003 itu menjadi salah sebuah pengeluar produk tempatan utama dalam segmen penghasilan produk penyelesaian kebersihan dan kesihatan yang kini terus berdiri kukuh mencatat pendapatan yang stabil setiap tahun.

Syarikat mengeluarkan produk di bawah lima jenama utamanya iaitu Kleenso Total Cleaning Solutions (kebersihan), Pesso Eco (kawalan serangga), Ki­rinzu (penjagaan kulit), MyKazoku (penjagaan binatang peliharaan) dan IUS Concept (beg sampah).

Selain itu, Teck Meng menerangkan, sijil halal untuk produk Kleenso Serai Wangi Eco Pest Repellent Cleaner te­lah diperolehnya pada Disember tahun lalu ekoran pro­sesnya tertunda beberapa kali ekoran pandemik sebelum ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI