fbpx

Sedia pemandu bas kedua jika lebih 300km – JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifly (dua dari kiri) ketika Ops Khas Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Terminal Bas Penang Sentral, malam tadi.

SEBERANG PERAI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang memberi amaran kepada pengendali syarikat bas ekspres supaya menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km).

Pengarahnya, Zulkifly Ismail berkata, syarat yang dikenakan dapat mengatasi dan mengurangkan risiko kemalangan maut terutamanya semasa musim perayaan.

“Perjalanan melebihi 300 km mesti kena ada pemandu kedua, tetapi banyak syarikat pengusaha bas yang gagal sediakannya.

“Antara alasan yang selalu diberikan ialah, pemandu kedua dikatakan akan naik di terminal seterusnya untuk menggantikan pemandu pertama sedangkan sudah termaktub peraturan bahawa dua pemandu diperlukan sebelum perjalanan dimulakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan bas ekspres sempena Ops Khas Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 di Terminal Bas Penang Sentral, di sini, malam tadi.

Beritahu Zulkifly, mana-mana syarikat yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan akan dikenakan tindakan di mana pemandu dilarang untuk memulakan perjalanan.

“Ada juga pengusaha yang sengaja tidak menyediakan pemandu kedua kerana inginkan keuntungan lebih sedangkan tindakan itu hanya akan membahayakan nyawa penumpang.

“Justeru, kita akan tingkatkan lagi operasi seumpama ini bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan yang telah digariskan, malah memandu dengan berhemah supaya tiba di destinasi dengan selamat,” katanya.

Beliau berkata, menerusi operasi yang bermula sejak 1 April lalu, sebanyak 4,553 kenderaan telah diperiksa manakala 1,377 jumlah saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI