fbpx

Salam Perantauan 5 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAYA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini.
Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terguris perasaan.
Semoga Aidilfitri kali ini lebih berharga.

Daripada:
Hafiz Saadin
Lokasi: Akihabara, Jepun

 

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri buat seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, terutamanya buat suami, anak, adik-adik dan ibu bapa di United Kingdom dan Jordan.
Doakan kemudahan jihad kami menuntut ilmu walau di mana sahaja berada dan pulang membawa kejayaan untuk tanah air. Didoakan juga kebaikan berganda buat seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Daripada: Nurfarhanah Athirah
Lokasi: University of New South Wales Sydney, Australia

 

WALAUPUN sudah terbiasa beraya bersendirian, hati tetap rindu kepada insan yang jauh berada di kampung halaman.
Buat adik, Mohd. Nizam dan Norashikin serta mama tersayang yang berada di Kampung Pimping, Membakut, Sabah, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan semoga semuanya sihat selalu.

Daripada: Noralizah Abd. Rahman
Lokasi: Wonju, Korea Selatan

 

Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada kaum keluarga, rakan taulan dan semua yang mengenali diri kami terutamanya di Pasir Puteh, Kelantan dan Baling, Kedah.
Semoga Syawal kali ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kerahmatan.

Daripada: Diana, Amirul, Ammar dan Aisya
Lokasi: Cheverny, Perancis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI