fbpx

RM5 dapat bawa balik lamb shank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azrul melayan salah seorang pelanggan digerai jualannya.

PETALING JAYA – Kemurahan hati seorang peniaga, Azrul Hisyam Basherahil berjaya mengusik hati netizen selepas menjual ’lamb shank’ dengan harga serendah RM5 kepada seorang pelanggannya.

Menurut hantaran @iszlqrn di aplikasi X, peniaga berkenaan bertindak sedemikian setelah mendapati pelanggannya hanya mempunyai RM5 dalam tangan.

“Belakang aku ada seorang pak cik beratur. Sampai sahaja dekat kaunter, dia tanya (lauk) ayam tak ada ke?

“Dalam tangan, pak cik tu pegang RM5 sahaja. Tidak cakap banyak, Azrul nasi Pakistan terus ambil duit itu dan bagi lamb shank.

“Pada hari tersebut, tidak ada jual lauk ayam, hanya ada ‘lamb shank’. Terketar-ketar tangan pak cik tu. Hulur RM5 dapat barang RM50,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai mengakui pemilik kedai tersebut merupakan seorang yang pemurah dan gemar bersedekah kepada orang ramai.

“Duit itu harta dunia. Sedekah pula harta akhirat. Bezanya, satu nampak di dunia. Satu lagi hanya nampak di akhirat,” kata Syafiq.

“Nabi janji, tidak akan berkurangan harta orang yang bersedekah,” kata Syazwan.

“Haritu, dia (Azrul) masak nasi dengan ayam, tetapi jual dengan harga RM5 sahaja. Bila ayam dah habis, dia bagi nasi percuma dekat orang lain. Memang pemurah orangnya,” katanya.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 14,000 tanda suka dan 108 komen. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI