fbpx

Pencuri menyamar jadi beg sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman kamera pintu Munoz memaparkan pelaku sedang membongkok di bawah beg sampah kemudian menghampiri pintu hadapan dan mencuri bungkusan. – IST

LOS ANGELES, CALIFORNIA  –  Seorang individu tidak dikenali sanggup menyamar sebagai beg sampah untuk mencuri bungkusan mel yang ditinggalkan di depan pintu sebuah kediaman, lapor stesen penyiaran FoxNews semalam.

Kejadian berlaku di luar rumah Omar Gabriel Munoz, di Sacramento County, negeri California pada 29 Mac lalu. 

Rakaman kamera pintu Munoz memaparkan pelaku sedang membongkok di bawah beg sampah kemudian menghampiri pintu hadapan dan mencuri bungkusan mel. 

Satu-satunya bahagian badan pelaku yang boleh dilihat adalah kakinya yang memakai sandal putih.

Bungkusan mel itu mempunyai dua pengecas iPhone yang dipesan secara  online dan berharga  AS$10 (RM47.24), kata Munoz kepada Fox News.

“Pada mulanya saya agak marah tetapi apabila saya melihat video itu sekali lagi saya ketawa kerana pelaku begitu kreatif,” kata Munoz. 

Dia tidak melaporkan kecurian itu kepada polis kerana berpendapat bahawa ‘pihak berkuasa mempunyai perkara lebih penting untuk diselesaikan’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI