fbpx

McDonald’s akan ambil alih francais di Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR bertarikh 5 Februari lalu menunjukkan sebuah restoran McDonald’s di Mclean, Virginia. – AFP

NEW YORK  – Perbadanan McDonald’s akan mengambil alih Alonyal yang memiliki 225 restoran McDonald’s di Israel selepas francais tersebut terjejas akibat gesaan boikot membabitkan perang dengan Hamas di Gaza. 

Terma transaksi tidak didedahkan, manakala menurut McDonald’s, pengambilalihan itu bergantung kepada syarat yang tidak didedahkan

Alonyal mengendalikan restoran McDonald’s di Israel selama lebih 30 tahun dan hari ini memiliki 225 francais serta menggajikan lebih 5,000 pekerja. Mereka akan dikekalkan selepas penjualan tersebut.

Dalam pembentangan pendapatan 2023 pada Februari lalu, McDonald’s berkata, perang di Gaza yang bermula pada Oktober tahun sama telah mempengaruhi pendapatan syarikat.

McDonald’s menjadi sasaran boikot selepas restoran-restoran francais di Israel menawarkan beribu-ribu hidangan percuma kepada askar Israel.

“Kami maklum bahawa keluarga-keluarga dan komuniti mereka di rantau berkenaan terus terjejas akibat perang dan kami bersimpati dengan nasib mereka pada masa ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan McDonald’s, Chris Kempczinski. 

Beliau berkata, impak boikot tersebut adalah ‘bermakna’ tanpa mengulas lanjut.

Jualan suku keempat McDonald’s juga mengecewakan penganalisis-penganalisis. Di restoran-restoran francais di luar Amerika Syarikat, jualan susut sebanyak 0.7 peratus.

“Tempat yang kami lihat mencetuskan impak terbesar adalah di rantau Asia Barat. Kami juga menyaksikan sebahagian  impak berlaku di negara Islam lain seperti Malaysia dan Indonesia,” kata Kempczinski.

Menurutnya, jualan turut terjejas di negara yang mempunyai ramai penduduk beragama Islam seperti Perancis, terutamanya francais di kejiranan orang Islam. – AFP 

 

.

 

                

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI