fbpx

Malaysia sedia bantuan ke Gaza melalui sempadan Rafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Huda, Sungai Ara, hari ini.

GEORGE TOWN – Malaysia kini bersiap sedia menghantar bantuan kemanusian ke Gaza melalui sempadan Rafah selepas Israel membenarkan penghantaran ‘bantuan sementara’ melalui sempadannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemungkinan akan ada tambahan bantuan lagi selepas beberapa siri penghantaran telah dilaksanakan sebelum ini.

“Itu tanggungjawab Israel. Dia (Israel) sudah khianat sekian lama. Orang dah hampir kebuluran, baru nak cakap. Tekanan kita akan terus bagi tekanan.

“Tapi memang sudah tiga kali empat kali dah bantuan disalurkan. Dua kali, saya minta dan kedua pada minggu lalu. Bantuan dipercepatkan dan kali ketiga, sampai.

“Insya-Allah, saya rasa kita akan bantu sebab masih ada petugas di sana dan menunggu giliran yang panjang, ratusan lori. Jadi, biar selesai dulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Huda Sungai Ara di sini, tadi.

Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama lebih 2,000 jemaah yang diimamkan Ustaz Syarafaat Yaacob.

Terdahulu, media melaporkan yang pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan akan kebenaran penghantaran ‘bantuan sementara’ melalui sempadannya dengan utara Semenanjung Gaza.

Langkah itu akan membuka semula laluan Erez ke wilayah yang diancam kebuluran itu buat kali pertama sejak serangan 7 Oktober yang mencetuskan perang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI