fbpx

Iraola calon baharu kemudi Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRAOLA dianggap telah berjaya melakukan tugas dengan baik bersama Bournemouth sepanjang musim ini. - AFP

BARCELONA – Kelab gergasi La Liga, Barcelona dilaporkan sudah menemui sasaran baharu jurulatih yang mampu untuk menggantikan Xavi Hernandez dengan menjadikan Pengurus Bournemouth, Andoni Iraola sebagai pilihan utama selepas musim ini berakhir.

Sebagai rekod, Iraola telah menyertai skuad The Cherries pada tahun lalu apabila mempamerkan prestasi konsisten bersama kelab Sepanyol, Rayo Vallecano dengan menandatangani kontrak sehingga musim 2025.

Meskipun gagal mempamerkan prestasi cemerlang di awal musim, Iraola telah membantu Bournemouth berada pada tahap memberangsangkan selepas tidak tewas dalam lima perlawanan dan hampir pasti kekal dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Pengarah Sukan Barcelona, Deco sebelum mengakui pihak pengurusan sangat berminat dengan falsafah bola sepak yang diterapkan oleh Iraola, tetapi segalanya masih lagi belum diputuskan.

Situasi ini disebabkan barisan pemain dan pengurusan masih berusaha untuk memujuk Xavi agar melakukan ‘pusingan U’ untuk tidak meletak jawatan selepas berakhir musim ini sekali gus menghormati kontraknya sehingga tahun depan.

Sejak mengesahkan keputusan untuk meletakkan jawatan pada Januari lepas, Xavi berjaya membimbing Barcelona untuk tampil lebih konsisten apabila berjaya menduduki tangga kedua La Liga selain bersaing dalam suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

Selain Iraola, beberapa pengendali berpengaruh Eropah turut dikaitkan dengan perpindahan ke Camp Nou seperti Hansi Flick, Mikel Arteta, Thiago Motta dan Ruben Amorim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI