fbpx

Habeas corpus: Pemimpin pembangkang Bangladesh kemuka keterangan pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin pembangkang Bangladesh akan mengemukakan keterangan saksi pakar dari negara itu bagi menyokong permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi di sini agar beliau dibebaskan daripada penahanan salah.

Permohonan habeas corpus itu difailkan oleh M. A. Quayum, 61, yang juga pemimpin Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) ekoran penahannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada 12 Januari lalu.

Peguam Kee Shu Min yang mewakili pemohon memaklumkan, keterangan saksi berkenaan yang juga seorang peguam akan diikrarkan melalui afidavit dalam tempoh tiga minggu.

“Buat masa ini, pemohon dan seorang saksi pakar mengikrarkan afidavit dan jika perlu kami akan memasukkan afidavit pihak-pihak lain yang berkaitan,” ujar Shu Min.

Hakim K. Muniandy kemudian menetapkan 3 Julai ini bagi pendengaran permohonan tersebut dan pihak-pihak memfailkan penghujahan bertulis sebelum 31 Mei ini.

Beliau menangguhkan pendengaran yang sepatutnya ditetapkan hari ini selepas peguam pemohon memaklumkan mereka memerlukan masa untuk menjawab afidavit balasan pihak responden yang dikemukakan pada 22 Mac lalu.

“Kami perlu menjawab ketiga-tiga afidavit balasan yang difailkan kerana terdapat isu baharu yang dibangkitkan,” ujar peguam itu.

Quayum yang juga pemegang visa Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), dikehendaki di negaranya selepas dituduh membunuh pekerja bantuan Itali, Cesare Tavella, 50, yang ditembak mati penyerang bermotosikal pada September 2015 ketika berjoging di kawasan diplomatik Dhaka. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI