fbpx

El Nino: 2,998 ekor ular ditangkap di Kelantan dalam tempoh 3 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor ular sawa batik yang ditangkap anggota APM di sebuah kawasan perumahan di Kota Bharu pada Januari lalu.

KOTA BHARU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap sebanyak 2,998 ekor ular dalam tempoh tiga bulan pada tahun ini.

Pengarah APM Kelantan, Kolonel Mohd. Adzhar Mujab berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 991 ekor ular ditangkap pada Januari, Februari (1,073) dan Mac (934).

Menurutnya, ular tedung, sawa dan rusuk kerbau merupakan antara jenis reptilia itu yang paling banyak ditangkap di seluruh negeri ini semasa musim panas.

“Reptilia seperti ular akan keluar mencari tempat sejuk untuk berlindung terutamanya di kawasan celah batu, rumah, dapur dan tandas semasa cuaca panas.

“Selain itu, anggota APM juga ada membuat tangkapan ular berada di dalam kereta,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa di Pejabat APM Kota Bharu, di sini semalam.

Mohd. Adzhar (dua dari kanan) menyampaikan agihan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di Kota Bharu semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Adzhar memberitahu, kes tangkapan ular paling banyak dilaporkan ialah di sekitar Kota Bharu.

Menurutnya, ular sawa, tedung dan rusuk kerbau paling banyak dijumpai semasa penduduk membersihkan kawasan rumah mereka.

“Kesemua ular yang ditangkap itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

“APM Kelantan mempunyai keanggotaan seramai 200 orang dan 10 orang akan berada di setiap kawasan untuk menjalankan kerja-kerja menangkap ular sekiranya menerima laporan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI