fbpx

Dera anak angkat, remaja guna seterika, sudu panas, suami isteri diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki yang menjadi mangsa dera pasangan suami isteri di Keningau.

KENINGAU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai melakukan penderaan ke atas kanak-kanak dan remaja lelaki masing-masing berusia lima dan 13 tahun.

Kedua-dua suspek disyaki mendera dua mangsa malang berkenaan sejak bulan lalu menggunakan seterika, batang besi, sudu panas dan air panas hingga menyebabkan luka dan melecur pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, kejadian disedari oleh seorang lelaki berusia 27 tahun ketika datangi salah mangsa remaja tersebut yang menjual burger di sebuah premis di daerah sama kira-kira pukul 12 tengah hari pada 2 April lalu.

“Lelaki terbabit menyedari terdapat kesan luka seperti kesan terkena seterika pada badan remaja itu disyaki didera sebelum bertindak membuat laporan polis.

“Kedua-dua suspek suami isteri berusia 27 dan 36 tahun seterusnya ditahan di rumah sewa mereka di pekan Keningau pada petang semalam dan hasil siasatan mendapati semua suspek adalah peniaga burger.

“Siasatan lanjut turut mendapati seorang lagi mangsa kanak-kanak lelaki lima tahun turut didera oleh kedua-dua suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang menjadi mangsa dera pasangan suami isteri di Keningau.

Mengulas lanjut, Yampil memaklumkan kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dan hanya dipelihara oleh pasangan itu.

“Mangsa berusia 13 tahun adalah anak tiri kepada suspek wanita dan mangsa dijaga oleh suspek. Kanak-kanak berusia lima tahun adalah anak angkat kedua-dua suspek. Siasatan mendapati kejadian dera itu berlaku di rumah sewa suspek antara 24 Mac hingga 30 Mac lalu.

“Mangsa berusia 13 tahun didera menggunakan seterika beberapa kali pada bahagian depan dan belakang badan kerana terdapat kesan melecur yang sudah hampir kering selain dipukul dengan kayu dan batang besi pada badan.

“Kejadian itu dilakukan suspek kerana mendakwa mangsa menipu menghabiskan jualan burger,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak berusia lima tahun pula dipaksa berdiri di atas air panas hingga kedua-dua kakinya melecur selain dipukul menggunakan besi di bahagian belakang badan.

“Mangsa kemudiannya ditekap dengan seterika oleh suspek wanita pada bahagian kiri dan kanan tangan serta belakang badan hanya kerana lambat membuka lampin pakai buang ketika bangun tidur,” katanya.

Sementara itu, Yampil menyatakan kedua-dua suspek juga didapati mempunyai kes jenayah lampau berkait dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI