fbpx

Datuk Bandar sedia beri sokongan pelantikan Presiden KLFA baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarulzaman.

PETALING JAYA – Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh bersedia memberi sokongan berhubung cadangan pelantikan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) baharu.

Kamarulzaman berkata, pihaknya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus berganding bahu dan menyokong usaha memastikan KLFA dan KL City FC berada pada tahap yang baik dan kompetitif dalam pembangunan sukan bola sepak.

“Walaupun tidak memegang sebarang jawatan di dalam KLFA mahupun jawatan di dalam mana-mana badan gabungan.

“Saya selaku Datuk Bandar Kuala Lumpur bersedia memberikan sokongan yang berterusan kepada usaha tersebut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Justeru itu, beliau berharap agar semua pihak dapat menggembleng tenaga dan bekerjasama sebagai satu pasukan bagi memastikan pasukan Kuala Lumpur dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil akan mempertimbangkan cadangan untuk menerajui KLFA bagi menggantikan Khalid Samad yang melepaskan jawatannya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Fahmi selaku penaung KL City FC akan menumpukan usaha bagi memastikan segala keperluan asas pasukan dapat ditunaikan membolehkan kelab itu berada dalam keadaan bersedia untuk bersaing di Liga Malaysia (Liga M). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI