fbpx

Anwar mahu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 beri kesan positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan (JPK) mengenai Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di Putrajaya semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan (JPK) mengenai Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di Putrajaya semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, mesyuarat tersebut dihadiri oleh para menteri dan ketua agensi masing-masing.

“Mesyuarat tersebut membincangkan bidang-bidang keutamaan Malaysia dan persediaan rapi yang perlu dilakukan.

“Ini bagi memastikan legasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 akan meninggalkan kesan positif untuk tahun-tahun akan datang baik di rantau Asia Tenggara dan di peringkat global,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini turut memaklumkan, Perdana Menteri akan mempengerusikan setiap mesyuarat berkala berkaitan persediaan rapi Malaysia mengambil alih kepengerusian ASEAN pada 2025.

Mohamad dipetik sebagai berkata, kali terakhir Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN kira-kira 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2015.

Laos akan menyerahkan baton kepengerusian ASEAN 2025 pada Sidang Kemuncak blok itu yang berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI