fbpx

Akmal Saleh bebas selepas beri keterangan 3 jam di Kota Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
lebih tiga jam dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh selesai memberikan keterangan. - IVAN AMIRUL/KOSMO!

KOTA KINABALU – Selepas lebih tiga jam dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh selesai memberikan keterangan sebentar tadi.

Selesai memberikan keterangan dan dilepaskan sekitar pukul 2.04 petang, Dr Muhamad Akmal memaklumkan beliau dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan satu laporan polis ke atas dirinya di bawah Akta Hasutan yang dikaitkan dengan video ceramah di Kelantan.

“Memang ada laporan polis dibuat ke atas diri saya di bawah Akta Hasutan yang dikaitkan dengan video ceramah di Kelantan.

“Laporan itu di Kuala Lumpur. Oleh itu, saya tertanya-tanya kenapa perlu cepat. Sebab tiada langsung laporan dari Sabah. Semuanya berlaku di Semananjung.

“Apa yang penting sangat…..Bukan saya tidak balik. Saya balik dan kita akan bagi komitmen,” katanya ketika ditemui media di perkarangan IPD Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal memaklumkan dirinya sepatutnya dijadualkan diambil keterangan pada hari esok (6 April 2024) namun beliau tidak pasti sebab utama dipanggil lebih awal di Sabah.

Menurutnya, kedatangan beliau ke Sabah hari ini adalah bagi menghadiri program berbuka puasa bersama Pemuda UMNO di Beaufort petang.

Terdahulu, Dr Muhamad Akmal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sekitar pukul 10.30 pagi, seterusnya dibawa ke IPD Kota Kinabalu menaiki kenderaan polis untuk diambil keterangan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI