fbpx

‘Saya mahu peluk, minta maaf dengan ibu bapa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Temu bual OBB yang dikenali sebagai Epol di Penjara Taiping hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TAIPING – “Saya nak peluk dan mohon maaf kepada ibu bapa serta berjanji tak mengulangi lagi perbuatan lampau.”

Demikian kata Orang Bebas Berlesen (OBB) yang dikenali sebagai Epol, 31, setelah mendapat kelulusan mengikuti Program Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani Kepulangan Yang Dinanti Sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Menurut Epol, dia amat bersyukur kerana terpilih dan diluluskan untuk menyertai PBSL Ihsan Madani sempena sambutan AidilFitri tahun ini.

“Kepulangan saya amat dinantikan oleh ahli keluarga terutamanya ibu. Lima kali saya dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan penagihan dadah jenis syabu.

“Kali ini memang saya tekad untuk tidak mengulanginya lagi selepas ini,” katanya kepada pemberita di majlis PBSL yang diadakan di Penjara Taiping di sini hari ini.

Menurutnya, dia terjebak dalam kancah penagihan dadah semasa usianya 15 tahun atas pengaruh rakan-rakan sebaya.

“Beberapa tahun yang lalu, saya pernah menyambut Aidilfitri di dalam penjara. Air mata gugur ketika mendengar takbir raya di pagi Syawal dan hati menjadi sayu mengenangkan ibu serta keluarga.

“Peluang serta kepercayaan pihak Penjara Taiping memilih dan meluluskan saya mengikuti program PBSL ini merupakan sesuatu yang amat berharga,” katanya.

Tambahnya, semasa menjalani hukuman dia sentiasa mengikuti kelas fardhu ain dan pengajian yang diadakan dan kini mampu membaca al-Quran dengan baik berbanding sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI