fbpx

Projek rintis berjaya hasilkan 2.3 tan bawang merah – Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad. Foto FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PETALING JAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan projek rintis penanaman bawang di negara ini telah berjaya mengeluarkan hasilnya.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, projek rintis seluas satu hektar di Kampung Ladang Bikam, Sungkai, Perak itu telah memberikan hasil pengeluaran 2.3 tan untuk tuaian kali pertama.

“Penanaman ini menggunakan varieti bawang merah BAW-1 yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

“Ia mula ditanam pada Januari lalu dengan melibatkan kawasan fasa 1 seluas 0.6 hektar,”tulisnya di laman Facebook hari ini.

Sebelum ini, Mohamad memberitahu, penyelidikan yang dijalankan oleh Mardi pada tahun lalu telah menghasilkan tiga jenis bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3.

Malah katanya, kerajaan menyasarkan 14,470 tan bawang dihasilkan menjelang 2026 melalui program itu yang membabitkan kawasan seluas 1,374 hektar di seluruh negara.

Inisiatif itu juga bertujuan mencapai sasaran pengurangan 30 peratus pengimportan bawang menjelang 2030. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI