fbpx

Peniaga tembikai rugi RM30,000, lori dibakar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN lori milik seorang peniaga buah yang terbakar di Jalan Jengka di Maran.

MARAN – Ketika hasil jualan buah-buahan khususnya tembikai mendapat permintaan yang baik seorang peniaga diuji apabila lori miliknya yang diletakkan di tepi jalan di kawasan khemah niaganya terbakar malam semalam.

Apa yang menjadi persoalan adalah punca lori itu terbakar memandangkan ia berlaku di tengah malam dan ketika hujan serta lori berkenan juga telah dicabut bateri.

Luqman Hakim Sulaiman,27, berkata, akibat kejadian itu dia mengalami kerugian hampir RM30,000 selepas lori miliknya dan pelbagai peralatan perniagaan lain terbakar.

Katanya, kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu disedari anak pekerjanya yang ternampak api di bahagian hadapan lori ketika balik daripada solat tarawih.

“Saya pun tidak pasti apa puncanya tetapi saya telah mencabut bateri lori berkenaan dan saya dapati cermin hadapan lori turut pecah.

“Saya menunggu siasatan daripada pihak forensik bagi mengetahui punca kejadian,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu Luqman Hakim berkata, dia telah berniaga di situ sejak dua tahun lalu dan perniagaannya mendapat sambutan yang baik.

“Apa pun saya mesti teruskan perniagaan yang menjadi sumber pendapatan saya, nasib baik saya ada sebuah lagi lori yang boleh digunakan untuk mengambil buah,”katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, polis menerima laporan daripada pihak bomba mengenai kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI