fbpx

Kolam renang bertukar ‘ombak ganas’ ketika gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung berkenaan dilihat cuba bertenang dengan berdiri di tengah kolam tersebut, manakala seorang rakannya meneruskan rakaman video. – News9Live

TAIPEI – Seorang pengunjung sebuah hotel di Taipei menghadapi detik cemas apabila air kolam renang yang sedang digunakan berkocak kuat seperti ombak ketika gempa bumi melanda pagi semalam, lapor laman berita VNExpress.

Berdasarkan video tular tersebut, lelaki berkenaan sedang berenang di sebuah kolam aras bumbung apabila gempa bumi berlaku.

Air kolam tersebut berkocak dengan kuat dan kelihatan seperti ombak bergelora di tengah laut ketika cuaca buruk.

Pengunjung berkenaan dilihat cuba bertenang dengan berdiri di tengah kolam tersebut, manakala seorang rakannya meneruskan rakaman video.

Pihak pengurusan Hotel Regent Taipei tidak memberikan sebarang komen mengenai video itu, namun berkata, kolam renang ditutup kepada pengunjung selepas gempa berlaku.

Menurutnya, makanan dan peralatan di restoran turut pecah, manakala kakitangan membantu pengunjung hotel keluar dari bangunan menggunakan pintu kecemasan.

Gempa bumi berkekuatan 7.4 magnitud melanda timur Taiwan semalam, menyebabkan sembilan orang maut serta lebih 1,000 cedera. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI