fbpx

Taiwan digegar gempa bumi terkuat dalam 25 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batu menghalang sebahagian jalan di Taichung, selepas gempa bumi besar melanda timur Taiwan hari ini. - AFP

TAIPEI – Taiwan digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud di pantai timur pulau itu pagi ini, yang merupakan terkuat dalam tempoh 25 tahun.

“Gempa bumi berlaku hampir dengan daratan. Ia dirasai di seluruh Taiwan serta pulau-pulau luar pesisir,” kata Pengarah Pusat Seismologi Pentadbiran Cuaca Pusat Taipei, Wu Chien-fu.

Chien-fu berkata, gegaran itu adalah yang paling kuat sejak gempa 7.6 magnitud melanda Taiwan pada September 1999. Ia telah membunuh kira-kira 2,400 orang dalam bencana alam paling maut bagi sejarah pulau itu.

Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh setakat petang ini, manakala lebih 700 cedera dalam gempa bumi yang merosakkan berpuluh-puluh bangunan.

Amaran tsunami yang meluas sehingga ke Jepun dan Filipina turut dikeluarkan pagi ini sebelum ditarik balik selepas waktu tengah hari.

Gempa bumi tersebut melanda pada pukul 7.58 pagi (waktu tempatan), dengan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) meletakkan pusat gempa 18 kilometer di selatan bandar Hualien Taiwan, dan pada kedalaman 34.8 kilometer.

Gegaran akibat gempa itu dirasai di seluruh pulau tersebut termasuk ibu kota Taipei, selain sebahagian Jepun dan pantai timur tanah besar China termasuk Shanghai, Suzhou, Shenzhen, Guangzhou dan Shantou, lapor akhbar South China Morning Post.

Rakaman media tempatan menunjukkan bangunan bergegar dengan kuat selama seminit sebelum runtuh, manakala penduduk berlari sambil menjerit ketakutan. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI