KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meraikan lebih 100 pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di ibu negara, hari ini.
Ketua Komunikasi Kumpulan Prasarana, Adli Abdul Karim berkata, ia merupakan tradisi setiap tahun tanda terima kasih kepada pihak media tempatan.
“Kita nak sama-sama santuni pengamal media dengan berbuka puasa bersama dan suai kenal untuk rapatkan hubungan,” katanya ketika majlis berlangsung.
Adli berkata, pihaknya sentiasa menghargai semua pihak media yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap organisasi berkenaan.
“Aktiviti begini sangat bagus boleh mengeratkan lagi kerjasama kedua-dua pihak dan kita akan teruskan.
“Jika ada sebarang isu berbangkit atau berkaitan, kita dah tahu dengan siapa boleh berhubung,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE