fbpx

PM arah menteri turun padang pantau harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua Jemaah Menteri supaya ‘turun padang’ dan meninjau sendiri isu harga dan kuantiti barangan di pasaran.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, arahan itu disampaikan Perdana Menteri kepada semua menteri pada mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri mahu semua menteri-menteri meluangkan lebih banyak masa untuk melihat sendiri situasi kos sara hidup dihadapi rakyat.

“Ini (arahan) susulan maklum balas diterima Perdana Menteri pada siri program dihadiri beliau (sebelum ini),” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Sebelum ini tular klip video di media sosial seorang wanita menegur Anwar pada siri lawatan beliau dalam satu program di Perlis, baru-baru ini.

Video berdurasi 22 saat itu menyaksikan wanita itu merungut dan meluahkan kepada Anwar berhubung harga barang keperluan yang semakin mahal di pasaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI