fbpx

Perolehan aset secara G2G elak orang tengah – Mindef

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly ketika menjawab pertanyaan di Dewan Negara hari ini. - Foto Japen

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) menjelaskan pembelian aset pertahanan negara melalui perolehan secara government-to-government (G2G) ketika ini dilaksanakan berdasarkan perjanjian persefahaman (MoU) yang dibuat dengan kerajaan negara terlibat.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, melalui MoU itu, kerajaan negara berkenaan akan mengenal pasti Original Equipment Manufacturer (OEM) atau syarikat yang mempunyai keupayaan untuk berkontrak dengan pihak kementerian.

“Pendekatan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan penglibatan orang tengah serta elemen monopoli keterlaluan dalam mendapatkan anggaran harga dan spesifikasi bagi sesuatu perolehan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang meminta minta Kementerian Pertahanan menyatakan bagaimanakah pencapaian setakat ini terhadap usaha Kerajaan Madani untuk mengelakkan orang tengah dalam pembelian aset- aset pertahanan negara melalui pendekatan government-to-government (G2G) yang lebih telus dan bertanggungjawab serta menjimatkan kos.

Mengulas lanjut, Adly turut memaklumkan, rundingan hanya dilaksanakan dengan syarikat yang dipilih oleh kerajaan negara berkenaan setelah Kementerian membuat due diligence berkaitan keupayaan dan kewangan syarikat serta ketetapan spesifikasi pengguna.

Tambahnya, Mindef juga sentiasa memastikan perolehan yang dilaksanakan melalui kaedah G2G ini masih mengikut peraturan dan pekeliling yang berkuat kuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI