fbpx

Pengerusi SPR selesai menghadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim (kiri) berkenan menerima menghadap Abdul Ghani di Istana Negara, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh di Istana Negara, hari ini.

Sesi menghadap itu dipercayai bagi membincangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijangka diadakan susulan pengosongan enam kerusi Parlimen Bersatu.

Semalam, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan usul pindaan Perlembagaan Bersatu yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas parti itu, Mac lalu.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pindaan terbabit membolehkan parti itu mengambil langkah untuk mengosongkan enam kerusi Parlimen.

Pindaan itu dilakukan selepas enam Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antaranya Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr .Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Selain itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan) termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari yang beralih sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI