fbpx

Paf pastri Harvest Gourmet miliki kombinasi khasiat protein tumbuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk terbaharu Harvest Gourmet iaitu paf pastri sesuai dinikmati oleh seisi keluarga.

PETALING JAYA – Nestle Malaysia memperbaharui rangkaian produk Harvest Gourmet dengan pelancaran paf pastri yang menambah pilihan yang menarik, lazat dan mudah disediakan dalam pasaran baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia Berhad, Juan Aranols berkata, paf pastri yang mempunyai kombinasi khasiat protein tumbuhan itu sesuai untuk mereka yang ingin menikmati snek lazat terutamanya dalam  kalangan ibu bapa bekerja dan profesional yang sibuk.

Menurut beliau, produk yang  diperakui halal dan menyediakan sumber protein yang baik itu  diperbuat daripada kacang soya dan kisaran berasaskan gandum, di samping adunan ramuan dan rempah penuh berperisa, tanpa ditambah pengawet.

“Kami amat teruja dengan produk baharu dalam rangkaian Harvest Gourmet yang memperkenalkan produk yang lazat dan relevan kepada penggunanya, sambil memainkan peranan positif dalam menyokong peralihan kepada diet yang lebih lestari.

“Selain itu, nutrisi adalah sebahagian penting daripada usaha menjaga kesejahteraan insan dan kami komited untuk menyokong usaha rakyat  menjalani kehidupan yang lebih sihat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurut Aranols, pelancaran produk ini juga sejajar dengan misi Nestle Malaysia untuk menyumbang kepada masa depan yang lebih lestari demi bumi kita dengan menambah tawaran produk berasaskan tumbuhan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI