fbpx

Laudya Cynthia Bella sudah pandai sorok wajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAUDYA CYNTHIA BELLA

SELEPAS mengumumkan mahu bersara daripada dunia lakonan, Laudya Cynthia Bella ingin terus kekal istiqamah tanpa membabitkan diri dengan dunia glamor.

Begitupun, kehidupan bintang yang kali terakhir muncul dalam filem Buya Hamka itu terus menjadi perhatian peminat.

Aktif mengusahakan perniagaan tudung dan pakaian muslimah, Instagram Laudya turut menjadi tumpuan ramai.

Begitupun, rata-rata netizen meluahkan rasa hairan apabila bekas isteri kepada ahli perniagaan Malaysia, Engku Emran seolah-olah enggan menonjolkan lagi wajahnya.

Dilihat agak kerap berkongsi foto dalam laman sosialnya, netizen perasan wanita yang sebelum ini digosipkan sudah mendirikan rumah tangga semula tidak lagi menunjukkan wajahnya.

Biarpun tidak mengetahui punca Laudya berbuat demikian, rata-rata tetap mendoakan wanita jelita itu sentiasa hidup bahagia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI