fbpx

Keracunan kupang: Keputusan makmal diketahui esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Keputusan makmal bagi lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang termasuk dua kes kritikal yang berlaku di Port Dickson dekat sini dijangka diketahui esok.

Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, pihaknya jturut mengeluarkan arahan kepada penternak supaya tidak mengeluarkan hasil ternakan kupang dan menjualnya

“Kami masih menunggu keputusan makmal yang dijangka diketahui esok. Kami juga sudah mengeluarkan arahan kepada penternak untuk tidak mengeluarkan hasil ternakan kupang dan menjualnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Kasim berkata, kes seumpama itu tidak pernah berlaku di perairan Port Dickson sebelum ini.

Jelasnya, kebiasaannya hasil kupang secara bulanan dari perairan Port Dickson adalah sebanyak 60 kilogram.

“Kami akan memantau agar perternak tidak mengeluarkan hasil bagi jualan untuk pasaran. Malah, saranan kami sama dengan Jabatan Kesihatan Negeri untuk tidak mengambil atau memakan kupang dari perairan Port Dickson buat sementara waktu sehingga kes ini dikenal pasti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI