fbpx

Isu gaji keterlaluan – Hamidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN menghadiri Kongres FAM yang berlangsung di Petaling Jaya kelmarin.

DAKWAAN gaji lumayan yang dibangkitkan menerusi ‘surat layang’ kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah keterlaluan dan sulit untuk didedahkan secara terbuka kepada umum.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengakui gaji yang diterima adalah isu peribadi tetapi imbuhan tersebut telah dipersetuju dengan statusnya selaku presiden sepenuh masa badan induk itu.

“Itu pun (media) nak tahu. Suka hatilah dengan apa semua. Tak boleh (dedahkan amaun). Itu (saya) punya personal lah dengan FAM dan ‘That’s one too much’ (keterlaluan) dengan ini semua,” katanya secara ringkas pada sidang media Kongres FAM di Petaling Jaya kelmarin.

Menerusi surat layang yang tular di laman sosial pada Ahad lepas, Hamidin didakwa menerima gaji mencecah RM90,000 sebulan dan itu tidak termasuk elaun daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan juga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Mengulas lanjut, Hamidin mengesahkan faedah yang diterima sudah ditetapkan ketika dipilih sebagai Presiden FAM pada 2018 bagi menggantikan penyandang, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang kini merupakan Pemangku Sultan Johor.

“Saya nak maklumkan semasa Tunku Ismail menjadi Presiden FAM dan mahu serahkan jawatannya ketika itu, ada pendapat bahawa tidak perlu lagi kerabat DiRaja masuk dalam (FAM).

“Justeru, Tunku Ismail mahukan individu yang boleh menjadi presiden sepenuh masa seperti yang dilakukan beberapa negara macam Korea Selatan, Thailand, Mongolia, Guam, Jepun dan Vietnam.

“Malah, Presiden AFC, Sheikh Salman Ibrahim Al Khalifa dan Presiden FIFA, Gianni Infantino juga presiden sepenuh masa dengan menerima beberapa faedah.

“Tunku Ismail cadangkan saya sebagai presiden dengan beberapa faedah dan selepas berbincang, saya setuju sebelum diumumkan sebagai Presiden Eksekutif sepenuh masa.

“Saya telah bawa perkara ini pada barisan dan mereka setuju untuk memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI