fbpx

‘Feeling’ berkebaya nyonya di Heeren Street

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan dua wanita berkebaya nyonya sambil berjalan-jalan di Hereen Street, Melaka

PETALING JAYA – Penampilan dua wanita yang berpakaian kebaya Baba Nyonya sambil berjalan-jalan di Heeren Street, Melaka, mengundang perhatian orang ramai yang berbangga dengan keberanian mereka dalam memperagakan busana tradisional itu.

Menerusi perkongsian hantaran oleh Paul Pakat di laman X, dua gadis berbangsa Cina itu kelihatan sangat anggun sambil mengenakan payung, kipas dan kasut yang mirip dengan tradisional Baba Nyonya.

Pengunjung yang melalui kawasan itu boleh berdandan memakai kebaya nyonya seperti mana yang dilakukan di bandar Bukchon Hanok Village di Korea dan Kyoto di Jepun yang mana orang ramai boleh menyewa baju tradisionalnya iaitu Hanbok dan Kimono untuk bersiar-siar.

Idea ini digalakkan kepada rakyat Malaysia untuk memperkenalkan kepada para pelancong tentang budaya pakaian daripada kaum Nyonya di Melaka pada zaman dahulu.

Rata-rata pengguna media sosial suka dengan penampilan dua perempuan ini.

“Jom kita jadikan trend pakai kebaya bila bercuti kat Melaka,” komen @missry.

“Bagus macam Korea juga. Perkara ini akan buka peluang untuk service freelance photographer juga,” komen @neesely.

“Love this. Macam kat Kyoto boleh sewa Kimono dan jalan jalan di taman,” komen @honney.

Sehingga kini, hantaran gambar tersebut mendapat 1.2 juta tontonan, 8,000 tanda suka dan 2,600 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI