fbpx

Elakkan anak ‘duduk katak’, risiko masalah lutut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penerangan Dr. Harith mengenai risiko sekiranya anak duduk di posisi W atau lebih dikenali sebagai 'duduk katak'.

PETALING JAYA – Anak kecil yang mempunyai tabiat suka duduk posisi W atau lebih dikenali sebagai ‘duduk katak’ dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah berisiko mendapat masalah lutut di kemudian hari.

Pakar dan Pensyarah Perubatan Sukan, Klinik Perubatan Sukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Harith Rosdi berkata, justeru jika anak mereka suka duduk di posisi tersebut, ibu bapa dinasihatkan segera mengubahnya bagi mengelakkan ia menjadi kebiasaan.

“Bila duduk dalam keadaan kaki kepak begini, tulang peha waktu kecil akan ‘rotate’ (memutar) ke dalam. Maka disebabkan putaran ke dalam itu, kesannya ada dua.

“Pertama, bila besar budak tersebut akan jadi ‘intoeing walking’ iaitu bila berjalan, jari kaki ke tengah.

“Keduanya ialah tempurung lutut boleh lari dari kedudukan sepatutnya menyebabkan berlaku geseran antara tempurung lutut dan tulang peha. Lama-lama geseran ini boleh sebabkan luka dekat bahagian tulang rawan lalu menyebabkan sakit,” katanya pada video dimuat naik pada TikTok.

Dr. Harith berkata, ramai dalam kalangan pesakitnya mempunyai masalah tersebut yang mana mereka suka duduk di posisi W atau ‘duduk katak’ ketika masih kecil.

“Jadi kalau anak kecil suka duduk begini, betulkan dari awal. Ubah dari kecil sebelum ia jadi kebiasaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI