BANDAR GAZA – Sebuah pertubuhan amal Amerika Syarikat (AS) hari ini menyalahkan Israel berhubung serangan yang membunuh tujuh kakitangannya ketika mereka menurunkan makanan yang dibawa dari laut ke Semenanjung Gaza bagi membantu menangani krisis kebuluran.
Pertubuhan World Central Kitchen (WCK) berkata, pihaknya menangguhkan operasi selepas ‘serangan bersasaran Israel’ semalam membunuh kakitangan warga Australia, Britain, Palestin, Poland dan AS-Kanada.
Rakaman video AFP menunjukkan lubang pada kenderaan yang rentung terkena bedilan Israel.
WCK berusaha keras untuk membawa makanan melalui jalan laut dari negara anggota Kesatuan Eropah, Cyprus.
Mayat-mayat pekerja bantuan itu dibawa ke bilik simpanan mayat sebuah hospital di bandar Deir al-Balah, tengah Gaza. – AFP