Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh ahli keluarga, saudara-mara serta semua warga TUDM yang mengenali kami tidak kira di mana anda berada. Terutamanya buat kedua-dua ibu bapa, Sulaiman Abdullah dan Katijah Abdul Rahman di Kota Bharu, Kelantan.
Semoga Aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan. Salam perantau daripada kami.
Daripada: Mej. Khairul Anuar
bin Sulaiman, Siti Hajar Jafar dan keluarga
Lokasi: Ankara, Turkiye
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin diucapkan kepada ibu bapa kami, adik-beradik, sanak saudara, jiran-jiran dan seluruh sahabat handai kami yang mengenali kami. Semoga hari raya ini dapat mengeratkan silaturahim antara kita. Daripada kami warga Etihad Airways.
Daripada: Helmy, Izwan, Ahmad Rafil Adha & Zamri, Ferra, Dalila, Ekin, Azlindahayu, Alleesya Raihanna, Aisy Raffael, Haida serta anak-anak
Lokasi: Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu
Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin
kepada semua sanak saudara yang mengenali diri ini.
Daripada: Mej. Muhammad Niza Razali
dan Noor Ashikin Ali serta keluarga
Lokasi: Ankara, Turkiye
Salam Aidilfitri buat semua ahli keluarga tercinta di Kuala Lumpur, juga saudara-mara serta sahabat handai di Malaysia. Salam rindu dan sayang buat semua.
Daripada: Farahin, Zain dan Zahra
Lokasi: Incheon, Korea Selatan