fbpx

Raveena enggan pakai kostum ‘arnab seksi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAVEENA TANDON

BERPEGANG kepada prinsip, pelakon Raveena Tandon tidak pernah menyesali keputusan menolak tawaran sebuah filem berbajet mega.

Katanya, tindakan dibuat selepas berasa tidak selesa diminta mengenakan kostum ‘bunny’ atau arnab seksi seperti kostum jenama Playboy.

Biarpun peristiwa tersebut sudah beberapa tahun berlalu, tindakan produksi terbabit meninggalkan impak kuat dalam diri Raveena.

Kesal, aktres berusia 49 tahun itu menyifatkan permintaan mengenakan kostum menonjolkan keseksian tanpa alasan kukuh sebagai eksploitasi.

“Filem terbabit berbajet besar, manakala hero pula adalah pelakon yang memang saya teringin beraksi bersama, tapi demi prinsip saya tolak,” ujarnya tanpa sesalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI