JAKARTA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa kerana rakan-rakannya yang berjanji untuk berbuka puasa bersama bertindak menghilangkan diri, lapor akhbar Pos-kupang.com semalam.
Luahan yang dikongsi tular di media sosial.
Menurut wanita berkenaan, rakan-rakan bersungguh-sungguh mengajaknya untuk berbuka puasa bersama.
Namun, ketika azan Maghrib berkumandang, dia dilihat makan dan minum seorang diri tanpa kehadiran mereka.
Lebih menyedihkan, wanita itu terpaksa membayar kesemua makanan yang dipesan oleh mereka untuk berbuka.
Katanya, harga makanan itu mencecah jutaan rupiah (ratusan ringgit). – AGENSI