fbpx

Polis tidak terima laporan lelaki Palestin diugut ketika berada di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video TikTok pemuda Palestin tersebut yang mendakwa dirinya diancam oleh individu Israel.

KUALA LUMPUR – Lelaki Palestin yang mendakwa dirinya tidak selamat menerusi aplikasi TikTok ketika berada di negara ini didapati tidak pernah membuat laporan polis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Tegas beliau, lelaki tersebut telah memuat naik video mendakwa dirinya telah dihubungi individu berasal dari Israel berkali-kali.

“Saya sudah semak, tiada laporan daripada lelaki tersebut sehingga hari ini, macam mana kita mahu siasat, namun kita telah menghubungi lelaki itu.

“Kita mendapati lelaki berkenaan memuat naik di TikTok yang mendakwa dirinya tidak selamat,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Kelmarin, lelaki warga Palestin, Yousuf Abuassi, 28, dilaporkan berkata dia menerima ugutan daripada beberapa warga Israel kerana sering memuat naik berkenaan penindasan di Gaza.

Dia mendakwa menerima ugutan berkenaan bulan lalu sebelum membuat laporan polis.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan keutamaan keselamatan kepada semua warga yang berada di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan berkata, tanggungjawab polis adalah menjaga keamanan dan ketenteraman.

Tambah beliau, masyarakat juga dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi atau persoalan yang dianggap tidak munasabah yang mewujudkan keraguan kepada pasukan polis. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI