fbpx

PLUS, Brand’s jayakan kempen keselamatan jalan raya bermula 4 April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PLUS dan Brand's akan memulakan kempen keselamatan jalan raya bermula 4 April ini.

PETALING JAYA – Brand’s Essence of Chicken (Brand’s) telah bekerjasama dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk melancarkan kempen keselamatan jalan raya bertemakan ‘Kekal Cergas dan Selamat’ bersempena bulan Ramadan dan juga sambutan hari raya tahun ini.

Kerjasama kali kedua yang terjalin antara dua syarikat ini bertujuan untuk memperjuangkan keselamatan jalan raya dan menggesa pengguna lebuh raya itu berihat  dengan kerap, meningkatkan tahap kewaspadaan mereka dan kekal bertenaga untuk memastikan perjalanan pulang yang lebih selamat di tengah kesibukan perayaan.

Melalui usaha sama tersebut, Brand’s akan mengagihkan lebih 50,000 botol Brand’s Essence of Chicken kepada pengguna lebuh raya PLUS di hentian R&R terpilih pada  4 hingga 17 April ini.

Ketua Pemasaran Health Enrichment, Suntory Beverage and Food Malaysia, Eunice Kow berkata,  pihaknya teruja dengan kerjasama tersebut dan lebih 50,000 pengguna telah dapat manfaat daripada pemberian produk tersebut.

“Kami  mempunyai matlamat yang sama untuk menyemai rasa tanggungjawab dan kesedaran dalam kalangan pemandu dan keselamatan penumpang.

“Selain itu, dengan pemberian Brand’s Essence of Chicken, ia akan dapat membantu meningkatkan tumpuan mental dan mengurangkan keletihan mental serta memberi tenaga semula kepada pengguna jalan raya ketika bersahur atau berbuka puasa sebelum meneruskan perjalanan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI