fbpx

Perak mahu pelancong kekal beberapa hari, bukan sekadar singgah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loh Sze Yee (tiga dari kanan) melawat Hobbitoon iaitu antara pusat tarikan pelancong terbaharu di Perak yang terletak di Simpang Pulai, bersebelahan Cameron Highlands.

IPOH – Perak telah mencatatkan 2.3 juta kehadiran pelancong ke negeri tersebut sejak Disember 2023 hingga Februari lalu.

Pencapaian itu dilihat mencipta momentum buat negeri tersebut yang meletakkan sasaran lebih lapan juta kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, tarikan utama pelancong adalah untuk mengunjungi tempat bersejarah, kebudayaan selain menikmati keunikan makanan yang terdapat di negeri tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, usaha perlu dipertingkatkan untuk memastikan pelancong yang hadir boleh kekal selama beberapa hari di negeri tersebut.

“Antara cabaran untuk Perak adalah bagi mendapatkan pelancong untuk berada lebih lama di Perak.

“Perak sebenarnya antara yang terkuat dalam sektor pelancongan domestik. Tetapi kita hendak meningkatkan lagi, iaitu bukan sahaja mereka sekadar melalui Perak dalam perjalanan antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Kita mahu mereka datang lebih dari sehari ke Perak,” katanya kepada pemberita semasa melawat satu daripada pusat tarikan pelancongan terbaharu di Perak, Hobbitoon di Simpang Pulai dekat sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI