fbpx

Peniaga lelong kuih biarpun tak balik modal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Syazwani (tengah) menunjukkan antara 26 jenis kuih-muih yang dijual dengan harga RM2 satu pek di gerai jualannya di Bazar Ramadan Bagan Serai baru-baru ini.

IPOH – Ramai dalam kalangan peniaga di bazar-bazar Ramadan di negeri ini mengeluh kerana terpaksa membuat lelongan jualan lewat petang bagi jualan tidak habis.

Mereka biasanya akan membuat lelongan pada waktu dekat azan maghrib bagi elak jualan tidak terjual.

Rata-rata mereka akui, biarpun akan menyebabkan mereka tidak dapat memperoleh keuntungan seperti diharapkan, tindakan itu perlu dibuat kerana tidak sanggup melihat makanan dibuang begitu sahaja.

Seorang peniaga kuih, Nurul Syazwani Abdul Razak, 38, berkata, ramai peniaga kecil terutamanya yang baharu berjinak-jinak dalam dunia perniagaan terpaksa gulung tikar kerana kehabisan modal pusingan di­sebabkan makanan dijual tidak laku.

“Saya sendiri sudah 15 tahun berkecimpung dalam perniagaan menjual kuih-muih ini. Sepanjang tempoh itu, biasanya makanan akan habis dalam 90 hingga 95 peratus menjelang maghrib, namun situasi berbeza berlaku tahun ini.

“Bagi saya sendiri Ramadan kali ini, sekitar 80 peratus kuih-muih yang mampu dijual, namun ada peniaga yang separuh daripada makanan dimasak gagal dijual mereka menyebabkan pembaziran berlaku,” katanya kepada di sini semalam.

Menurut Nurul Syazwani, di bazar Ramadan Bagan Serai, le­bih daripada 15 orang peniaga terpaksa menamatkan perniagaan pada minggu pertama berniaga kerana kehabisan modal pusingan.

Tambahnya, dia amat bersyukur kerana modal perniagaan yang dikeluarkan sebanyak RM6,000 sebagai modal pemula bagi menghasilkan 26 jenis kuih akhirnya diraih setelah dua minggu berniaga.

“Saya akan melakukan lelongan kuih sekitar pukul 6.30 petang pada setiap hari. Satu pek kuih berharga RM2 tetapi kita akan jual secara lelong harga RM5 untuk empat pek kuih kepada pelanggan,” katanya.

Sementara itu, menurut seorang peniaga, Mohd. Hasni Deraman, 43, dia yang berniaga lauk-pauk di bazar Ramadan Stadium Perak mengakui terpaksa melakukan jualan lelong ketika azan maghrib hampir dikumandangkan.

“Saya tidak ada pilihan selain melakukan jualan lelong kerana biasanya masih banyak lauk yang tidak terjual. Situasi ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum, mungkin disebabkan kuasa membeli semakin kurang.

“Biasanya saya akan jual lauk pada harga RM3 tanpa mengira jenis. Tak mengapalah kalau tak untung seperti diharapkan pun asalkan ia dapat dihabiskan,” katanya kepada di sini semalam.

Katanya lagi, ada dalam kalangan rakan-rakan perniagaannya di lokasi lain yang telah berhenti berniaga kerana tidak mendapat pulangan ekoran tidak dapat menarik pelanggan berbanding bulan Ramadan lain.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI